Monday , December 5 2016
Home / Isu Semasa / Jawapan PDRM mengenai Police Intimidation

Jawapan PDRM mengenai Police Intimidation

Jawapan Polis Diraja Malaysia mengenai post Silly Bodoh woman kana saman woo. Petikan diambil menerusi Laman sosial PDRM di Facebook.

Salam rakan-rakan semua, apa yg kita lihat di dalam video itu, terdapat kekurangan/kesilapan di kedua-dua pihak. Di pihak Polis, anggota tersebut bersikap kurang mesra, dan terdapat kata-kata yang tidak perlu diucapkan langsung. Apa yang perlu diucapkan ketika menahan seseorang yang melakukan kesalahan trafik, adalah mengucapkan salam/selamat pagi/petang, maklumkan apa kesalahan pemandu dan jika dia menerima alasan yg diberikan oleh pemandu, dia boleh menggunakan budi bicaranya untuk melepaskan pemandu dengan amaran atau ingatan dan jika dia tidak menerima alasan pemandu, dia terus mengeluarkan saman dan beredar.

Jika pemandu enggan menerima saman, buat catatan dan terus beredar. Kata-kata atau ucapan lain yang tidak berkenaan tidak perlu.

Di pihak pemandu, di dalam insiden ini pula seolah-olah mencabar dan membuat provokasi kepada anggota polis yang menjalankan tugasnya. Ini juga tidak perlu dilakukan. Tidak salah untuk merakam kejadian yang berlaku tetapi tidak perlu mengeluarkan kata-kata yg mencabar anggota Polis itu. Jika ada perbuatan anggota Polis itu yang tidak menyenangkan pemandu, dia boleh melaporkannya kepada Pegawai Kanan Polis di mana-mana Balai. Pemandu juga boleh hadir ke mahkamah untuk mendengar kes di hadapan Majistret, jika tidak puas hati dengan saman yang dikeluarkan. Saya telah menghubungi Rakan kita yang postkan video ini tetapi malangnya dia tidak dapat memberi saya butir-butir lanjut kejadian ini. Kita akan cuba kesan Anggota polis berkenaan dan dapatkan butiran kejadian.Terima kaseh saya ucapkan di atas pendedahan ini.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

cuimb_mviaikcka

Aplikasi Razak menerima serangan “1 Bintang” di Google Play

Aplikasi Najib Razak baru sahaja diumumkan pada hari ini namun ia mendapat reaksi yang berbeza ...

3 comments

  1. oooo…mcm tu sepatutnya etika seorang anggota polis klu nk thn…slalunye dorg than..xbg salam pown..pastu trus minta lesen..pastu tnye kt kite taw x nape kne tahan..igtkn mcm tu prosudernyer…upe2ny…uhuhuhu

  2. owh.. samapi jg pd PDRM! ok. jadi, ternyata ada kesalahan pada kedua2 pihak. Ermm.. di sini saia sertakan juga link sebagai panduan yang patut kitaurang tahu tentang hak-hak orang awam apabila di tahan oleh pihak berkuasa :
    http://blogserius.blogspot.com/2010/10/serius-ket

  3. yang pasti nyonya tu yg mulakan provokasi. tahu pulak hak sebagai rakyat mys, hak penjawat awam dlm menjalankan tugas tak fikir??

counter statistics