Pasangan kontroversi dihebohkan apabila sekumpulan kaki gosip di forum yang awesome forum Cari menggelar Fasha Sandha sebagai gila publisiti kerana mencipta akaun twitter kekasihnya dan menghantar tweet berbentuk manja sayang semalam.

Namun, sebentar tadi Fasha Sandha telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Jejai dan rakan-rakan menyambut tahun baru 2012 semalam di fanpage Facebooknya. Bukan itu sahaja, kekasihnya Jejai turut memberi pengesahan kepada rakan media kami, Roti Kaya bahawa akaun twitter itu adalah miliknya sejak Julai 2010. Gambar Fasha Sandha dan Jejai berparti tahun baru 2012 after the jump.