Tahniah kami ucapkan buat pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse kerana kini sudah hamil 4 bulan.Jihan telah mengumumkannya melalui status Instagram miliknya. Dia akui hanya berani untuk mengumumkan kehamilannya setelah kandungan memasuki trimester kedua. Dia juga mengumumkan kehamilannya dalam rancangan MeleTOP yang dihadiri oleh Yusry KRU dan Lisa Surihani.

Sempat Jihan melawak dengan mengatakan bayinya itu “Made In France”. Dalam pada itu, Jihan mengucapkan terima kasih kepada drama lakonannya dalam Biniku Ninja kerana ia menjadi kenyataan di dunia sebenar.