Saturday , October 1 2016
Home / Dunia Artis / Joey mengaku ada hubungan sulit dengan Watie

Joey mengaku ada hubungan sulit dengan Watie

Perkara menarik berlaku di dalam mahkamah syariah apabila isteri kepada Joey (kini kekasih gelap Watie Elite) mendakwa Joey mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Watie sebelum dia menghilangkan diri.

Dalam tempoh menghilangkan diri, Joey pernah muncul untuk menceraikan isterinya di depan rakan mereka, Ah Chong di hadapan rumah isterinya itu. Namun kerana kesedihan, isterinya lari masuk ke dalam rumah menyebabkan lafaz cerai tidak didengari oleh bekas isterinya yang kemudian dijelaskan oleh Ah Cong di talian telefon.

Berikut di bawah soalan yang diajukan peguam.

[quote]Peguam: Ketika Ah Chong menghubungi puan, adakah dia beritahu bagaimana bunyi lafaz talak itu?[/quote] [quote]Noraini: Dia cuma cakap talak sudah jatuh.[/quote] [quote]Peguam: Selepas itu ada kami hubungi defendan?[/quote] [quote]Noraini: Ada tetapi tidak berjawab.[/quote] [quote]Peguam: Selepas itu ada defendan balik ke rumah?[/quote] [quote]Noraini: Ada.[/quote] [quote]Peguam: Dia balik untuk apa dan tarikh dia balik?[/quote] [quote]Noraini: Joey balik pada 8 Jun 2010 dan mahu rujuk kembali.[/quote] [quote]Peguam: Ada defendan lafazkan apa-apa?[/quote] [quote]Noraini: Ada, Joey lafazkan “Aku, Zulkifli Daud dengan ini rujuk kembali pada kamu Noraini Mohd Nasir.[/quote] [quote]Peguam: Ada saksi?[/quote] [quote]Noraini: Tiada.[/quote] [quote]Peguam: Di mana kejadian ini berlaku?[/quote] [quote]Noraini: Di dalam bilik rumah kami. Ketika melafazkan kata-kata rujuk, Joey meletakkan tangan kanan di dahi, manakala sebelah tangan lagi diletakkan di atas Al-Quran.[/quote] [quote]Peguam: Berbalik kepada kejadian melafazkan cerai. Adakah kamu memaksa defendan melafazkan cerai?[/quote] [quote]Noraini: Tidak tetapi saya merayu kepadanya supaya jangan ceraikan saya.[/quote] [quote]Peguam: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?[/quote] [quote]Noraini: Dia dalam keadaan biasa dan waras.[/quote] [quote]Peguam: Selepas kejadian rujuk, ada puan maklumkan kepada sesiapa?[/quote] [quote]Noraini: Ada iaitu kepada adik tiri saya dan seorang rakan kami, Mathias Ali. Menurut rakan kami itu, Joey ada bertanya kepadanya sama ada rujuk yang dibuat itu sah atau tidak.[/quote] [quote]Peguam: Jadi apa yang Mathias beritahu mengenai rujuk itu?[/quote] [quote]Noraini: Mathias katakan rujuk itu tidak sah kerana tidak ada saksi.[/quote] [quote]Peguam: Memandangkan lafaz cerai tidak didengari puan sendiri dan lafaz rujuk pula tidak ada saksi, adakah puan berani bersumpah kepada mahkamah bahawa keterangan ini adalah benar?[/quote] [quote]Noraini: Berani.[/quote]

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

One comment

  1. perkara cerai mana bole main2…kejap cerai kejap rujuk…ingat main YOYO ke???

counter statistics