Sunday , December 11 2016
Home / Gossip Panas / Johan As’ari dan Lana Nordin putus hubungan

Johan As’ari dan Lana Nordin putus hubungan

Johan As’ari difahamkan telah menamatkan hubungannya dengan Lana Nordin sebaik tamat pementasan Bahanya Wanita di Istana Budaya tempoh hari. Johan, sewaktu dihubungi pihak wartawan Harian Metro berkata

Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat

Menurut Johan, keputusan itu dibuat bagi menghormati kepentingan keluarga terutama sekali ibunya. Bak kata orang tua-tua, hubungan kekasih tanpa restu ibu bapa bakal menemui jalan sukar di masa akan datang. Johan didapati mengelak pertanyaan berkaitan ibunya sebaliknya mengakui segala yang telah berlaku adalah kesilapannya sendiri.

Manakala di pihak Lana, dia tidak berasa kecewa tetapi terkejut dengan keputusan Johan ingin memutuskan hubungan yang masih dalam proses mengenali hati budi dan dia menganggap keputusan Johan itu sebagai kelakar.

Saya tak kecewa, tapi saya terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi. Saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

Dia melamar selepas tiga hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.

 

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

4 comments

  1. Mst clash punye kn da ckp..xde kemane pn dorg ni..poyo je lbh..puiiihh

  2. Johan ni tak patut lah mainkan perasaan orang macam ni. Sepatutnya dia perlu kuat dan sabar untuk yakinkan ibu dia yang dia buat pilihan yang tepat, buktikan yang dia mampu memimpin Lana untuk jadi lebih baik. Ni belum apa apa dah give up. Kesian Lana kena tanggung malu. Maybe one day bila Johan dah jumpa perempuan yang dia betul suka, then perempuan tu tinggalkan dia, baru dia tahu macam mana sakiy rasanya ditinggalkan. Hope Lana takkan berhenti untuk teruskan niat dia untuk berubah kearah kebaikan.

  3. Msk lana da 4owg dia mainkan perasaan….izlin azminda,nabila,shilalat ngh lana….hope satu ari nant dia plak dipermainkan..tgk cmane meroyan nye dia kt media

counter statistics