2-johan-jozlyn-dikecam-hadir-pengebumian-mediamalaya

Warga Malaysia memang terkenal dengan sikap “keyboard warrior” mereka tidak kira apa isu yang menjadi viral pasti akan menjatuhkan hukuman tanpa fikir perasaan orang lain. Sudah pasti perkara ini kerap berlaku pada selebriti Malaysia terutamanya Johan (Raja Lawak).

Baru-baru ini, Johan, isterinya, Ozlyn Wati bersama keluarga telah menghadiri pengebumian neneknya. Mereka hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat nenek kesayangan mereka yang baru meninggal dunia. Namun hasil perkongsian gambar di Instagram mereka telah mendapat reaksi yang tidak elok daripada sesetengah warga laman sosial.

1-johan-jozlyn-dikecam-hadir-pengebumian-mediamalaya

Mereke menyifatkan tindakan Johan yang memberi penghormatan adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan pakaian Johan dan isteri menyerupai ahli keluarga yang lain adalah tidak dibenarkan.

Sebagai nota, Johan berasal dari keluarga berbangsa Cina dan ini pernah diceritakan olehnya melalui sebuah iklan sempena hari raya.