Untung badan jadi artis. Pelakon Julia Ziegler akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal menikahi seorang jurutera kimia bernama Johan pada 1 Januari 2017. Menurut Julia, dia memilih tarikh 1 Januari kerana hari tersebut merupakan hari Ahad dan akan mengadakan majlis secara sederhana di rumah keluarganya di Kampung Baru.
Majlis resepsi perkahwinan mereka turut akan diadakan pada tarikh yang sama dengan berkonsepkan Garden Wedding. Waw! Dipetik Julia berkata
Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru.