Juliana Evans telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, dia yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di sana tidak mengalami kecederaan serius sebaliknya kereta Hyundai yang dinaiki mengalami kerosakan yang teruk.
Menerusi akaun Instagramnya, Jue memuat naik beberapa foto keadaan keretanya dengan status;
Malah, Juliana juga mengucapkan selamat tinggal kepada keretanya yang dinamakan ‘Bonceng’ selepas menyedari kenderaan tersebut berkemungkinan tidak boleh digunakan lagi.
Mujur Juliana tidak mengalami kecederaan serius. Semoga tabah dan lebih berhati-hati di masa hadapan.