Categorized | Lawak Jenaka

Kebetulan atau..


kebetulanatau

Siapa ada terbaca Utusan Malaysia hari ini (— 13.06.2009). Tajuk di’muka utama bertajuk “Dakwa dua Datuk” dan tagline menulis UMNO mahu SPRM ambil tindakan bagi bersihkan imej parti – Tengku Adnan. Penulis agak kelakar apabila membaca tajuk utama dan tagline tersebut apabila menukarnya sedikit.

Apakah yang cuba disampai oleh editor akhbar Utusan kepada kita? Cuba pembaca buangkan UMNO, SPRM dan parti – Tengku Adnan. Ayat tersebut akan bertukar kepada Dakwa dua Datuk – mahu ambil tindakan bagi bersihkan imej. Dan kebetulan juga terdapat dua gambar artis bergelar Datuk iaitu Datuk A. Samad Said dan Datuk Siti Nurhaliza sedang membuat persembahan di Malam Puisi Utusan. Mereka berdua jelas mempunyai masalah dengan imej.

Mungkin juga editor Utusan dengan sinis memerli kedua-dua Datuk ini untuk mengubah imejnya. Ya lah, Datuk A. Samad Said walaupun sudah ber’title Datuk tetapi masih berimej comot kerana janggutnya rambutnya yang tidak disikat dan Datuk Siti Nurhaliza pula heboh mengenai caranya berimej tudung dan pakaiannya yang kadang-kadangkala tidak mencerminkan wanita bertudung. Wallahualam. Ini sekadar gurauan sahaja.

22 Responses to “Kebetulan atau..”

  1. topo says:

    hahaha menarik ni.. boleh pulak terperasan ye..

  2. leya says:

    kecohlah korang ni..
    biarlah mereka dengan cara mereka.Habis tu, Datuk Shahrizat punya cara bertudung macam mana sedangkan beliau seorang pemimpin?

  3. LUNA says:

    sebelum nak kata Datuk Siti dengan caranya, cubalah korang cermin diri sendiri dulu. Wahida yang tudung litup pun teruk bro.. dan rasanya ada banyak contoh lain lagi. Datuk Siti pada saya biarlah dengan imejnya.apa nak sibuk hal orang..

  4. portoge says:

    hi3 diorg ni xleh nak wat kelakar sikit…asik nak serius je…

  5. ewiezz says:

    yg pastu CT imej dia bertudung, bknnye tutup aurat. Anyway, harap pasni dia akan btul2 tutup dan jaga aurat dia…well pastu kite pun xble aaa dgr dia nyanyi sbb suara ppuan pun aurat…wallahualam… Jgn salahkan tudung bile seseorg wanita tu melakukan kesalahan. sbb Allah akan terus menduga umat dia dgn apa cara skalipun dan setan pun akan guna apa cara skalipun utk sesatkan umat manusia…

  6. rooster says:

    jgn sesekali menghina janggut kerana ia adalah sunnah Rasuullah….Rasulullah adalah pemimpin yg paling agung….org yg menghina janggut Nabi smalah seperti menghina Allah S.W.T.Di harap penulis di mediamalaya.com berhati2 dgn tulisan anda!!!!!

    • mediamalaya says:

      Opss, I`m sorrrrry.. kite tukar janggut kepada rambut ye! B)

    • faezil says:

      mediamalaya tidak menghina sunnah nabi. Ambil contoh mcm ni la. Katakan aku tak sikat rambut, dibiarkan serabai. Lepas tu ada orang tegur aku. Apakah ia bermaksud orang itu menghina orang yang berambut ?

      Di harap rooster agar membaca dan memahami apa sebenarnya mesej yang nak disampaikan

  7. hmmm….. camner lak boleh terfikir camtu yee…. hebat betul laaa

  8. hot mama says:

    SITI BUKAN BERTUDUNG TAPI HANYA BERSELENDANG… BIARKAN DIE… DIA DAH BERJANJI TAPI X LEH MENEPATI JANJI SENDIRI… HUKUMNYE MUNAFIK… MAYBE HUSBAND DIE X SUPPORTIVE KOT…

  9. sengal_blues says:

    tu la jdnye bila niat tak seiring dgn perbuatan
    apa2 je la korang ni
    yg nak tanggun dosa laki dia
    kita??
    apa kita kesah kan?? hehehehe

  10. ct b'tudung says:

    Enter text right here!kite doakn jela ct cepat sedar n b;taubat

  11. Glamer says:

    BETUL JUGA BERTUDUNG
    TAPI PAKAIAN KETAK MENAMPAK SUSUK TUBUH

  12. Glamer says:

    KORANG KALAU WAHEEDA MARAH
    TETAPI DATUK CT YG JADI PERAMPAS LAKI ORANG PUN X MARAH
    PELIK
    KESIAN TZ

  13. Glamer says:

    YANG BERTUDUNG TU SUDAH PASTI
    DAH MENJALANKAN TUNTUTAN AGAMA
    WAJIB
    JANGAN DIKUTUK ORANG YANG BERTUDUNG

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] Baca Kebetulan atau … Part 1 [...]


Pastikan anda telah membaca Penafian sebelum meneruskan komen.
Loading

Twitter Malaya

Archives

Top 5 Pilihan Pengunjung November 2012









Ranking Blog


counter statistics