Tahniah Zahid AF2, kini dikatakan sudah menemui pengganti Nita. Menemui pengganti Nita? Erm.. Macam tak sesuai, kan Zahid yang beriya-iya tinggalkan Nita. Ok kita tukar-lah, tahniah Zahid kerana sudah mencari pengganti Nita pada kadar segera.

Zahid dikatakan mengenali gadis ini 5 bulan yang lalu. Gadis bertuah ini nama Nurul Mardiana. Nurul bukan-lah seorang artis tetapi gadis biasa yang bekerja di bahagian pentadbiran sektor korporat. Mereka berdua dikatakan kerap berjumpa di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuantan, Pahang.

But, 5 bulan lepas? Kalau tak silap kami, Zahid dan Nita berpisah sekitar bulan Jun 2010. Bermakna betul-lah Zahid tinggal Nita hanya kerana Nurul ni. Ingatkan cari pengganti yang lebih baik solehah, almaklumlah Zahid ni bile mengaji syahdu suaranya. Tapi malangnya, pilihan juga merupakan ahli tetap pusat hiburan terkemuka juga.