Thursday , September 29 2016
Home / Isu Semasa / Kenaikan Tol ditangguhkan

Kenaikan Tol ditangguhkan

Berikutan artikel mengenai kenaikan harga tol sebanyak 5 peratus meliputi 5 lebuhraya pada 2 hari lepas, Kerajaan mengumumkan kenaikan tol tersebut ditangguhkan sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi.

PUTRAJAYA 27 Feb. – Berita baik untuk rakyat! Kabinet hari ini menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya seperti yang diumumkan semalam.

Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan.

“Keputusan untuk menangguh kenaikan kadar tol belum ditetapkan tempoh sehingga bila.

“Ia bergantung kepada kemampuan kita kerana dengan tidak menaikkan kadar tol, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan hampir setengah bilion ringgit. Ia merupakan wang pembayar cukai,” katanya yang juga Menteri Kewangan pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Sumber: Kenaikan tol ditangguh (Utusan Malaysia)

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

03-rakaman-kemalangan-maut-gokart-mediamalaya

Rakaman & Gambar Kemalangan Maut Go Kart EIMARACE 2016

Kejadian kemalangan maut ketika perlumbaan EIMARACE 2016 di Sukpa, Indera Mahkota, Kuantan.

counter statistics