Tuesday , December 6 2016
Home / Dunia Artis / kenderaan Mitsubishi Triton Awi Rafael kemalangan langgar pokok

kenderaan Mitsubishi Triton Awi Rafael kemalangan langgar pokok

Minum kopi makan past di restoran Murai [hr]

Kemaskini 5.17 petang: Lagi gambar after the jump.

Apa yang menimpa penyanyi Awi Rafael ni, betul-betul mengejutkan Murai Batu. Dengan tidak semena-mena dia terlibat pula dengan kemalangan yang teruk, petang semalam.

Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Federal iaitu berhampiran dengan jejantas ala San Francisco yang menghubungkan kawasan Sunway dengan Kelana Jaya.

Masa tu, Awi Rafael baru saja pulang daripada menjayakan satu sesi fotografi dengan sebuah majalah hiburan di Shah Alam dan baju Melayu masih lagi dipakainya bersama samping dan songkok.

Entah macam mana, kereta pacuan 4 roda yang dipandunya terbabas sehingga menyebabkan pintu di bahagian tempat duduk pemandu jadi remuk. Mujurlah, tidak ada apa-apa yang berlaku pada Awi Rafael.

Kalau ada pun setakat terhantuk biasa. Tapi, disebabkan kejadian itu, Murai Batu dengar, Awi Rafael masih lagi dalam keadaan terkejutlah. Yelah, kalau sesiapa pun yang ada kat tempat Awi Rafael pun, mestilah jadi trauma.

Lagipun, kemalangan yang dialaminya tu memang teruk. Korang tengok sendirilah gambarnya. Silap-silap haribulan, memang boleh meragut nyawanya. Tapi, Tuhan masih sayangkan lagi Awi Rafael.

Lagipun, mungkin inilah dugaan Tuhan pada bulan ramadan yang penuh keberkatan ini ya. Kita kena selalu beringat padanya. Yang sedihnya tu, Murai Batu dapat tahu, kereta pacuan roda yang digunakannya itu masih baru dan bukanlah miliknya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

9 comments

  1. oo..kete pinjam..

  2. jap..awi rafael ni siape ek? aku cam tak kenal la..

  3. Mengantuk kot…

  4. Adoi jahanam kete aq. Raya nnt aq kena pinjam kete Putri la.. =)

counter statistics