Tuesday , September 27 2016
Home / Dunia Artis / Kenyataan Ummi Nazeera di BiPop

Kenyataan Ummi Nazeera di BiPop

Petikan sebulat suara diambil dari Gua.

Bagi mereka yang mengikuti kisah pertengkaran di antara Remy Ishak, 27, dan Ummi Nazeera, 19, sehingga kini kita sudah disaji dengan versi cerita dari pihak Remy dan juga pembantu rumah Ummi, Susi Sumarni.

Hari ini, melalui akhbar sisipan B*Pop – ‘Sama-sama ‘naik hantu”, Ummi akhirnya tampil ke depan untuk menceritakan apa yang berlaku pada malam 4 Disember.

Hanya kawan rapat
Jika sebelum ini, Remy mengesahkan apa yang sudah lama dipercayai ramai, bahawa dia dan Ummi pasangan kekasih, Ummi pula memberitahu mereka hanya kawan rapat. Tambahnya, bukan keluarga tak restu, cuma tidak memberi sokongan kerana usianya yang masih muda.

Remy naik angin kerana ‘jealous’
Dedah Ummi, pada perjumpaan malam itu, Remy telah bertanya jika dia ada keluar dengan lelaki lain. Kerana enggan mempercayai jawapan Ummi yang berkata tidak, Remy telah mengambil telefon bimbit Ummi untuk diperiksa, dan selepas itu dicampakkan telefon tersebut.

Ekoran dari tindakan Remy, Ummi pun memukulnya “gila-gila”. Akui Ummi, ketika itu dia dipengaruhi emosi dan bukannya benda lain seperti arak atau dadah – dalam pendedahan Remy, bau nafas Ummi dikatakan “tidak seperti kelazimannya”.

Berlainan juga dari keterangan Remy yang mengatakan dia hanya mendiamkan diri apabila dipukul Ummi dan ketika ingin mengelak, tangannya terkena muka Ummi, Ummi memberitahu Remy “tanpa disedari naik tangan”.

Ibu tak upah orang belasah Remy
Dalam temubual itu juga, Ummi menafikan pembabitan ibunya dalam insiden Remy dibelasah tujuh lelaki di Istana Budaya keesokan malamnya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

4-birthday-yana-samsudin-mediamalaya

Sekitar Majlis Ulangtahun Kelahiran Yana Samsudin ke-31 (7 Gambar)

Semalam merupakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Yana Samsudin yang ke-31. Majlis disambut bersama peminat-peminatnya, staf ...

5 comments

  1. alaaa..bg statement asing2 ni tak aci aaa…
    apa kate bersemuka depan family at least. sorg kat timur sorg kat barat mcm2 leh cite, takan cite abis punye…

  2. hahaha..mcm2 la..dua2 slh la..xyah poyo nk salahkan sape2..dua2 same jer..dh name artis hipokrit je byk..ceh

  3. sorg kaki pukui sora kaki club arak..padanla………mukeeeeeee…..

  4. selingan… cite nurkasih dah lama abis, dah kua DVD pun aku baru smlm berpeluang tgk episod last huhuhu… mase on air dok tgk cite lain kat astro, budget nk tgk online, skali punyelah lmbt buffering, kdg tu berjam2 x gerak2.. kate pando leh lajukan streaming. aku install sesaje je, last2 tgk cam biasa lagi le bagus. lam youtube pun sama. ramai sgt kot tgk online cite ni….
    just imagine klu cite2 kurang sedap (seperti diatas) kua masa nurkasih tu ditayangkan, agak2 leh effect dop rating cite ye…? well org nk tgk cite bkn pelakon. tp respek gak si Ummi ni, pandai tol bawak watak ye smpi org meluat menyampah tgk ye. Moralnye, jgn terlalu pentingkan diri sendri…..

  5. mediamalaya membosankan..xde update..menyebabkan org akan lari dari web ni nt…ntah pape tah…

counter statistics