Tahniah kami ucapkan buat penjaga gol The Red Warriors merangkap penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apexs) selepas isterinya, Leuniey Natasha telah selamat melahirkan anak pertama mereka petang tadi.

Bayi perempuan dilahirkan sihat dan cukup sifat seberat 2.75 kilogram dilahirkan pada jam 2.55 petang tadi.

Melalui gambar yang diupload Insta milik Leuniey berbunyi.

Alhamdulillah syukur kepadaMU YA ALLAH saya selamat melahirkan bayi perempuan 2.75kg pada jam 14.55ptg. AMEEN YA RABB Ourlittleangel