Friday , October 31 2014
Home / Gossip Panas / Kila Fairy kata bibir asli, tapi kenapa tahun 2008, bibir atasnya nipis?

Kila Fairy kata bibir asli, tapi kenapa tahun 2008, bibir atasnya nipis?

Ha amik ko tajuk panjang lebor dan gambo Kila Fairy yang pernah kami tepek bulan Febuari lepas. Yang belah kiri tu, gambar diambil sekitar tahun 2008, hok belah kanan lak tahun 2011 di mana bibir atasnye sudah menebal dan bibir bawahnye semakin tipis.

Kami boleh terima kata-kata-nya yang mengatakan pencampuran darah Melayu dan Pakitan membuatkan wajahnya jadi sebegitu, tapi selepas uols lihat gambar ini apa yang akan uols katakan? Bibir tu bibir perubahan ketare yewww.

Sudah! Sudahhhh! Uols jangan nak bising lagi pertikaikan bibir “ori” Kila Fairy ni. Die dulik pe, katenye uols bising cemane pun, rezeki datang bergolek ittew datangnye dari bibirnye jugek. Bibir bertuah katenye. Terlajak perahu boleh undur tau Kilaaa. Petikan Utusan Malaysia di bawah.

BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli.

Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni.

Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur.

“Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.

“Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki.

“Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan.

“Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini,” kata Kilafairy yang mesra membahasakan dirinya sebagai Kila ketika ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Kilafairy lagi, selain bibir semula jadi yang dimilikinya, dia juga tidak pernah melakukan sebarang suntikan pada mana-mana bahagian tubuhnya.

Itu semua tidak diperlukan kerana usianya masih muda, baru 19 tahun.

“Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya.

“Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli,” ujarnya bersungguh-sungguh.

Kilafairy yang bijak melontarkan jawapan bagaimanapun terdiam sejenak apabila ditebak dengan soalan dirinya sering dilanda kontroversi. Beliau menegaskan, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang artis yang kontroversi.

“Impian saya adalah mahu menjadi seorang artis tanah air yang dihormati peminat dan saya tidak mengabaikan akademik. Itu yang membuatkan saya masih kekal berada di pusat pengajian tinggi.

“Selain daripada dikenali sebagai pelakon, saya juga mahu melangkah dalam bidang nyanyian seperti ibu saya. Saya mahu menjadi seorang penghibur yang disegani ramai suatu hari nanti.

“Walaupun saya sedar bidang hiburan adalah sesuatu yang penuh dengan glamor, tetapi glamor itu tidak kekal lama.

“Sebab itu saya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang usahawan wanita berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Katanya lagi, dia sedih apabila memikirkan dirinya sering dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan hasratnya menjadi artis, bukannya mahu dipalit dengan pelbagai kontroversi.

“Saya mahu menjadi artis yang berada dalam kelasnya tersendiri. Saya bukannya menyesali langkah yang telah diambil. Tetapi saya mohon kerjasama semua pihak agar menilai saya melalui bakat yang ada.

“Saya juga tidak menyesal dilahirkan sebagai anak berdarah campuran yang memiliki fizikal dan rupa sebegini. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki.

“Jika orang sibuk mempersoalkan tentang bibir saya ini, alhamdulillah. Bibir inilah yang membuka rezeki dan sebenarnya, ini bibir bertuah,” katanya dalam nada lembut.

Tagged with:

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

47 comments

  1. tu teknik solekann la sengal

  2. erm..ntah laa sma da dia buat ke x bbir dia tuu …tpi hak dia sndri jugk tuu … erm..klau dilihat2… x la mntap sgt bbir bsar dia tuu …cntek lgi yg npis tuu … perrggghhhhhtuiiiihhhhh

  3. whatever.. what I know her body is the killer!

  4. die trnfer lemak bibir bawah ke atas…tu yg bole berubah.,.ngah3…tp body die power..

  5. dalam pilem karak aku tengok biasa je bibir dia, xde mcm angelina jolie pun… pendapat aku dia pandai menebalkan bibirnye sewaktu posing

  6. MESTI “BIBIR” BAWAH KYLA SAMA TEBAL
    MACAM BIBIR DI MUKA TU YA…
    PERKAWINAN CAMPUR PE…
    ahahahahha!

  7. haaadoooiiiii nk gelemer punya pasal buat la pape cik adik oi mak ko pun x marah, lagi tunjuk jalan adala…dunia hujung zaman

  8. dia selalu tarik bibir ni… tu yg tebal

  9. Tapi memang nampak perbezaan ketara la, dan bibir atas utk tahun 2011 tu nampak cam fake sikit. Senget pun ada.

  10. Ini salah seorang manusia tak bersyukur dgn ciptaan Allah swt

  11. MUKA MCM KENA PENAHAN ASMARA!!!

  12. lantak ko la..bkn nye lawo pn..cm antu jer..wkakaka

  13. SEBENARNYER…BIBIR BAWAH DI MUKA KYLA NI SAMA TERJUIH MCM BIBIR MAK DIA ROHANA JALIL TU.. TAPI DI OPERATE PULAK BUAT CARA TERBALIK

    KONON MCM ANGELINA JOLIE WANNABE..

    KYLA UMUR MU BARU 20yrs OLD TAPI NAMPAK TUA & STIFFED

    ANGKARA DICUCUK DGN RACUN!

    ARTIS WANITA YG SAMA UMUR DARI U DAN YG TUA DARI

    U YG TAK MASUK RACUN DLM MUKA MEREKA, THEY

    LOOK NATURAL & MUCH YOUNGER THAN U.

    ANUGERAH CIPTAAN SEMULA JADI ALLAH SWT LAGI CANTIK DAN

    BERSERI DARI CIPTAAN MANUSIA.

    DUIT KO LANTAK KO LAH..

    BUT STILL U LOOK PLASTIC! :-))

  14. menyampah aku dgn pompuan nie..budget cun tak natural.bila belakon, begambar atau kt public sajer jer buat bibir terjuih dia tuh konon seksi la.badan pn sajer jer lentik2 kan.bila tk natural macam nie nampak murahan la.cuba bersahaj jer kan lagi baik.

  15. ntah jenis apa bibir pompuan ni. dia takat bayar deposit jer masa operate. tak bayar abis ni. tu yg nampak TAK SIAP bibir pompuan ni… padah akibat tak hargai anugerah tuhan.

    • nanti bile die tue pon muke die dah tak seksi . sebab nak cari duit kat mane lagi.mulut die tu macam mulut kakak kawan aku.cucuk lepas tu bancrup. pas tu melut macam daun elovera

  16. serius ckp bibir baru cam mulut sumbing! hhuhu

  17. disengat tebuan kot..hohoho

  18. Dah 3 bulan i cube "petuanya" selalu urut2 bibiq keatas..tp still x de berubah..cuma ada kesan kulit mengelupas & pedihh bila nk makan..adooii…justin bibiq betuiii

    • eleh aku boleh buat mulut macam die tapi kan bawah bibir atas die tu kan macam boh benang hat tu tak boleh la aku buat . care mulut die tu je boleh. tapi payah nak cakap nak makan.ade seorang kawan aku kat FB name FB die bahase siam.tapi cakap mlayu.die kate kat kila yang mak die kate mulut kila mcm lintah kenyang.aku tergelak la sampai 10 minit sengah.

  19. sian plak kt dia ni????bibir kacukan konon!!!huhu

  20. hadooii,,ketara sgt wei,,jgn la nk bdalih lg,,mmg ko ni xtau bsyukur dgn kurniaan tuhan,,ppppuuuuuiiii!

  21. kena gigit tebuan la tu gamak nyer..hahahahahahaha

  22. Cehh, suntik -,- dosa ohh ubah apa yg Allah beri ==

  23. seb bek lah mak da sedia santek…xyah nk ccok2…duet tok ccok tuh boleh tlong org miskin..ekekekeke

  24. masa jumpa dia masa tu ,,normal je ..mungkin dia punya mulut memang jadi tebal kot kalau dia mancungkan

  25. APASAL MULUT PUN NAK
    KECOH KE?
    NTAH PAPE LAA
    DAA JELES SANGAT KAH TENGOK MULUT NEGRO YG TEBAL UHH
    SAMPAI KECOH MACAM NI?
    BIAA JAA LAA KILA FAIRY TU
    DAA MMG BIBIR DIA MCM TU
    YG HANG DOK SEBOK SANGAT NI DOK GAPO???

  26. seksi la muka dia. i loikkeee

  27. cuba perhati betul2..jgn cakap melulu jer kawan2..jgn mengfitnah kalau yer pun..gambar first tu dia senyum sikit..dan gambar kedua tu kan dia juih bibir ke depan..sbb tu nampak cam tu..cuba korang g tgk kat cermin..senyum dan juih mulut..xkanla nak sama..isyk isyk..peace :)

  28. kalau dapat kat aku, aku suruh dia ni blowjob kan aje tiap hari.

  29. kau ni memang tak syukur langsung rezeki tuhan bagi.

  30. Itu semua tidak diperlukan kerana usianya masih muda, baru 19 tahun.

    “Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya.

    Jawapan melambangkan keperibadian. alasan yang sudah di get ready. yohohoho

  31. ni jenis bibir hisap puting susu lama sgt masa kecil ..tu yg mcm terbelah kt tgh..kikiki..bibir mcm ni sebnarnya tk cantik..cuma dia pandai gayakan mcm tebal ala2 cntik gitu..yuhuuu…

  32. keluarga saya pun kacukan jugak, nenek saya pure pakistani then kawen dgn atok sy yg campuran siam melayu, tp makcik2 saya n arwah ayh sy xla bibir tebal cm dia..haha,n sy pown xla muncung pn bbir cm dia wpown sy da 4darah cmpuran pakistan, arab, siam n melayu.. :)

  33. aku kacuk arab, banjar dan melayu. tapi kenapa tak dapat muncung macam tu? haih alasan lain macam. haha lantak ko lah kila aku kesah hape :D
    My recent post Awas! Virus Penyakit M! Atasi Penyakit M.

  34. bibir die terbalik haha

  35. macam sumbing jer …agak dia accident tak kena lak bibir plastik

counter statistics