Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob menjelaskan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir memasak.

Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar motivasi dalam program itu.

“Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.

“Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillahlah para juri menyukainya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia di sini pada malam Isnin. Lagi gambar after the jump.

Gambar dipetik: mStar Online, Instagram & SinarHarian