Apabila kipas susah mati Shila Amzah menayangkan bukti kehadiran media Berita Harian dan Kosmo! sebagai langkah menyelar media Melayu tidak dijemput adalah satu tohmahan. Seorang wartawan dari Kosmo! telah tampil bagi mencantas bukti tersebut.

BACA: Fan Club Shila Amzah tunjuk bukti media melayu dijemput

Wartawan Kosmo! bernama Maliah Surip melalui artikelnya telah menyebut bahawa pihak mereka sebenarnya tidak dijemput ke konsert tersebut namun terpaksa meminta kebenaran ibarat pengemis demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.

Apa sudah jadi? Oh Shila sebelum anda dan peminat semakin terjerumus arus benci media tanahair. Diharapkan Shila dapat memperbetulkan keadaan sebelum ianya terlambat.

Ikuti artikel penuh yang ditulis Maliah Surip selepas ini.

Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..

Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.

Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya.

Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?

Shila atau peminat yang di belakang Shila perlu faham beberapa konteks tentang menerima jemputan undangan, melaporkan berita atau membuat gosip.

Sebagai seorang artis yang bergiat dalam bidang seni bermula dari zaman kanak-kanak, daripada bukan sesiapa kepada Shila yang hari ini telah terbang tinggi hingga ke luar negara, Shila sepatutnya sudah masak dengan dunia hiburan.

Artikel Penuh: Perlekeh media Melayu