Tiada apa yang lebih hot bulan ini apabila jutawan perempuan Melayu, Sosilawati dan 3 lagi mangsa dilaporkan hilang sejak 31 Ogos 2010. Kami tidak berani membuat andaian sendiri, walaubagaimanapun kami menyediakan kronologi kehilangan Sosilawati sejak hari Kemerdekaan Malaysia.
30 Ogos
Sosilawati meninggalkan pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama peguam, pemandu peribadi dan seorang pegawai bank CIMB sebelum pergi ke Banting untuk urusan perniagaan.
31 Ogos 2010
Ahli keluarga keempat-empat mangsa membuat laporan polis setelah mendapati mereka gagal dihubungi.
2 September
Sosilawati dan peguamnya dilihat kali terakhir membeli kerepek di Banting. Selain itu, polis turut menemui kereta perdana V6 yang dipercayai milik pegawai bank CIMB dekat tepi jalan di kawasan Petaling Jaya.
4 September
Berita kehilangan empat individu itu disiarkan media.
6 September
Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Flat Angsana USJ1 sementara kereta milik peguamnya dijumpai di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Dorsett, Subang Jaya.
7 September
Ibu Sosilawati merayu anaknya pulang ke kampung untuk menyambut raya. Polis percaya mereka masih selamat.
8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.
9 September
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
10 September
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya seorang doktor gigi. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.
11 September
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
12 September
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.
13 September
Siasatan polis mendedahkan wang jutaan ringgit dipindahkan daripada akaun Datuk Sosilawati Lawiya ke akaun salah seorang suspek yang ditahan polis dipercayai berkaitan urusan jual beli tanah sebelum mangsa dibunuh kejam.
Polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan yang melampau.
14 September
Hasil siasatan forensik, bukan sahaja dipukul, ditikam dan dibakar, jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi mangsa bunuh di ladang sawit di Sungai Gadong, Banting turut disembelih dengan kejam.
15 September
- Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5
- Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.
- Semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan.
16 September
- Suspek Datuk berusia 41 tahun membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.
- Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.
mati doh la….hahaha..
sgt3 simpati dgn keluarga mgsa. Sm0ga tbh hadapi dugaan. Xpe,ada hkmah. Insyaalah syurga bg mereka yg mati dbunuh dan dbkar serta dianiya. Allah maha adil.. Jihad namanye.
apa yg berlaku sebenarnye ialah semasa perundingan berlangsung, Datuk Susilawati telah naik angin krn syarat2 pembelian tanah telah berubah. jadi Datuk S pun withdraw dan menolak tawaran tersebut yg berbelit-belit dan nampak perundingan tersebut lebih tidak adil kpd buyer. Jadi suspek datuk pun marah krn sosilawati x nak ikut. Suspek datok pun memanggil pekerjanya serta adiknya utk mengikat mereka dan bwk ke bangsal utk dipukul serta didera. Mereka cuba melawan tapi tak berdaya. Akhirnya apa yg kita dengar di media pun berlaku…….
yup… itulah suatu perkabaran yang saya dgr daripada seorang sumber jua..
salam..nonama cam ne tau semua ceta ni..dr perundingan datuk sosilawati x puas hati, di bawa kebangsal dan di ikat trs di dera. kat paper x de kata semua tu..
putri, cerita hantu tv3 pun rasa pelik , mcm mana si nonama nie taw kisah nie….
Silap2 si Nonama ni antara yang terlibat kot…
terang lagi bersuluh si Datuk tu gangster… mmg takan kasi can punye.. klu gangster gok gini le akhirnya. mmg seme diaorg sapu.. klu dah bertuhankan DUIT, nyawa manusia diaorg wak memain je. Semoga pelaku2 dan tok dalangnye skali dijatuhi hukuman secepat mungkin..
simpati terhdp apa yg tlh berlaku. al-fatihah utk mereka
Al-fatihah..semoga semuanya di tempatkan di kalangan org2 beriman…
Hanya Allah saja yg tahu betapa azabnya semua mangsa menghadapi saat2 kematian.Semoga semua pesalahakan menerima pembalasan yang setimpalnya…kepada keluarag mangsa,reda lah dgn pemergian mereka..
sememangnya ape yg berlaku berkaitan dgn pemimpin/leader, klu tak caya kita semua buleh tengok, bila kaki rasuah duduk diatas maka rasuah ler kat bawah, klu kaki betina duduk kat atas maka melambaklah kes zina dan anak luar nikah, klu pembunuh duduk diatas maka berleluasalah pembunuhan, sebab tu org barat mengatakan jatuh bangunnya sesebuah organisasi bergantung pd peminpin/leader,