Sunday , December 11 2016
Home / Gossip Panas / Kronologi pergaduhan Nisdawati dan Sharnaaz Ahmad

Kronologi pergaduhan Nisdawati dan Sharnaaz Ahmad

Pertelingkahan antara Nisdawati dan Sharnaaz Ahmad telah bermula sejak 19 Februari 2014 apabila dikatakan telah menyerang Nisdawati di lokasi penggambaran. Namun menurut sumber, pihak polis tidak akan menyiasat perkara ini kerana dikatakan ia berpunca daripada salah faham dan bukan berbaur ugutan. Ikuti kronologi selepas ini.

19 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad telah memarahi dan cuba menyerang Nisdawati, Nisdawati bertindak berdiam diri bagi mengelak perkara bertambah buruk dan selepas penggambaran, Nisdawati memaklumkan kepada suaminya, Fauzi Nawawi.

21 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad sekali lagi menyerang Nisdawati di lokasi penggambaran di Sungai Buloh tetapi berjaya dihalang kru penggambaran.

24 Februari 2014

Nisdawati ditemani suaminya membuat laporan polis dan membuat press conference menerusi Harian Metro. Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang dihantar Sharnaaz berbunyi

Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harp lu faham. Ini kali kita kasi habis.

Sharnaaz ketika dihubungi pihak media enggan meminta maaf dan yakin dirinya tidak bersalah

25 Februari 2014

Sharnaaz mengeluarkan kenyataan melalui portal Murai bahawa dia tidak bodoh hendak menyerang atau memukul seorang wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibunya juga seorang wanita. Dia mengakui bahawa Nisdawati telah menfitnahnya dalam kenyataan menyerang Nisdawati di lokasi.

Sharnaaz menjelaskan hanya orang produksi sahaja yang tahu mengenai perkara itu dan kenyataan Nisdawati semalam diibaratkan muka depan dan kulit belakang sebuah buku tanpa isi.

Pelakon Ezany Nizariff tampil memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu perkara., seorang yang menghormati pelakon senior, sopan dan sentiasa memberi kerjasama.

26 Februari 2014

Sharnaaz tampil membuat laporan media untuk menyaman bernilai paling maksimum terhadap Fauzi Nawawi dan Nisdawati jika mereka enggan jumpanya untuk meminta maaf atas kesalahan menggelarnya “Anjing Kurap” dan memburukkan nama ibunya.

Manakala Fauzi Nawawi dalam perbualan telefon, mengatakan dia tidak akan meminta maaf kerana menganggap Sharnaaz sengaja memusing cerita dan meminta Sharnaaz mendapatkan rawatan doktor kerana karakter Jebat dalam drama Bukan Aku Tidak Cinta telah meresap ke dalam dirinya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

counter statistics