Sudah jatuh ditimpa tangga! Itu pepatah yang sesuai menggambarkan nasib Asyraf Hazlan, pelajar tajaan MARA yang kini belajar di kota London.

Kejadian ini berlaku di London beberapa hari lalu ketika berlaku rusuhan di kota London. Asyraf dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk berbuka puasa bersama apabila dia dipukul dan barangnya dicuri oleh sekumpulan perusuh yang baru pulang dari kawasan rusuhan.

Nasibnya tidak habis disitu, apabila sekumpulan pejalan kaki menghampirinya seolah-olah mahu membantu namun telah membuka beg serta mencuri peralatan lain Asyraf Hazlan. Dia kemudian dibiarkan keseorangan tanpa hala tuju dan difahamkan dia telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Lagi gambar after the jump.

Sumber dipetik: Daily Mail