Pasti amat ramai menantikan berita gembira ini daripada pasangan selebriti kegemaran mereka Yusry KRU dan Lisa Surihani.

Spekulasi dan teka-teki selama beberapa hari ini yang dikatakan Lisa Surihani sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila suaminya, Yusry mengesahkan kebenaran itu.

Yusry berkata, mereka sudah berbincang perkara itu dan mengiyakan spekulasi isterinya mengandung namun berdiam diri beberapa hari lepas kerana menganggap ia terlalu awal untuk dikongsi semua peminat.