Walaupun ustaz Akhil kate tak nak panjangkan cerita ni, tapi kite ungkap sedikit kisah mengenai bekas isteri Akhil Hayy yang dikatakan tidak mengundangnya ke perkahwinan mereka tempoh hari.

Baru je semalam bace news dimane dikatakan ustaz Akhil Hayy tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Maizawati kerana isterinya, Waheeda yang juga penyanyi sedang sakit. Tup tup timbul pulak cerita apabila ustaz itu sendiri kata yang Maizawati tidak mengundangnya ke majlis tersebut. Persoalannya, siapakah yang benar? Lihat berita mengikut turutan di bawah.

  • 07.08.2010:
    Maiza mengumumkan perkahwinannya berlangsung pada hari Isnin.
  • 08.08.2010:
    Media menulis berita bahawa persiapan majlis tidak dibuat.
    Maiza mengatakan persiapan majlis bermula petang tersebut.
  • 09.08.2010:
    Media menulis berita mengenai majlis perkahwinan tersebut.
  • 10.08.20.10:
    Media menulis berita Akhil Hayy tak dapat hadir sebab isterinya sakit.
    Media tulis lagi kedua-dua anak yang tinggal dengan Akhil Hayy hadir ke majlis perkahwinan tersebut.
  • 11.08.20.10:
    Akhil Hayy menafikan isterinya sakit.
    Akhil Hayy cakap jangan reka cerita tidak elok.
    Dia mengatakan bahawa dia tidak diundang ke majlis tersebut.
    Akhil Hayy beritahu anaknya dibawa ke sana apabila diberitahu mengenai majlis tersebut last minute.
    Pada masa yang sama Akhil Hayy kata dia tahu mengenai perkahwinan ini pun dari rakannya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.