8 Mac 2014 merupakan tarikh keramat bagi Syamsul Yusof kerana akan bernikah dengan gadis pilihannya, Puteri Sarah Liyana.

Namun begitu, kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya selepas sah mengidap penyakit demam denggi dan kini masih terlantar di wad, dua hari lalu.

Melalui Insta miliknya, Syamsul menyebut

Sah Denggi. Merana. Doakan. Hargailah waktu bila sihat sahabat. Hargailah.

Melalui kenyataan ayahnya, Datuk Yusof Haslam

Dia tak konsisten, tapi keadaan dia agak kritikal jugalah sebab bila malam dia susah tidur, badan dia ada bintik-bintik, menggigil dan tekanan darah dia menurun. Doktor suruh dia berehat. Saya harap dia sembuh. Tapi mengenai hal pernikahan, mengikut kepada perbincangan saya bersama besan, kami setuju untuk laksanakan pernikahan itu pada hari yang telah ditetapkan, Sabtu ini.