Tuesday , December 6 2016
Home / Dunia Artis / Mak Nani kini bergelar Datuk

Mak Nani kini bergelar Datuk

Tahniah kami ucapkan kepada artis veteran kite, Mak Nani @ Rosnani Jamil di atas penganugerahan Datuk. Walaupun sudah berusia 74 tahun, Mak Nani telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 Sultan Pahang. Mak Nani menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Rupanye tidak kite ketahui, Mak Nani telah mengarahkan 5 buah filem sepanjang kariernya sebagai Pengarah! Antaranya Mawar Merah (1987), Antara Dua Hati(1989), Memori (1992), Amelia (1996) dan Bicara Hati (2004)

Antara kata-katanya dipetik

Penganugerahan pingat ini Mak anggap sebagai hadiah kepada diri sendiri selepas 48 tahun bergelumang dalam dunia seni. Namun demikian, ia juga satu penghargaan tidak ternilai kepada keluarga seni terutama artis veteran.

Mak juga satu-satunya artis veteran yang bukan sahaja berlakon, tapi juga turut mengarah dan menerbit filem. Mak juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip di London Film School, London atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1972 hingga 1974 semata-mata ingin mendalami ilmu perfileman.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

One comment

  1. edwin ezzanny macwil

    Untuk tatapan Mak Nani<

    Baru-baru ini Mak Nani berjumpa dengan Mellissa Saila dan tujuannya untuk menyuruh Melissa Saila mengarahkan film yang akan dibuat olih Mak Nani mengenai riwayat hidup arwah Biduan Negara Saloma.

    Kenapakah Mak Nani menyuruh Melissa Saila ? sedangkan Mak Nani bermusuhan dengan Seniwati Mariani dan Mak Nani juga suka memburuk-burukan Seniwati itu. adakah Mak Nani tidak bermaruah?? dan tidak tahu malu ??

    Mak Nani bising satu Malaya kerana tidak dipanggil semasa Suhaimi Baba membuat dokumentary tentang riwayat arwah seniman Agong P.Ramlee dan kenapa pula Suhaimi Baba memanggil seniwati Mariani. Sebenarnya Maka Nani itu siapa ? wajarlah Suhaimi Baba memanggil seniwati Mariani, kerana seniwati itu adalah kakak ipar kepada arwah P.Ramlee dan Marini lebih tahu tentang P.Ramlee. Mak Nani tidak tahu malu dan sanggup berjumpa dengan seorang menteri supaya film itu dibuat sekali lagi. Adakah Mak Nani sudah nanyuk ?? takpayah Mak Nani Hipokrit.

    MAK NANI PATUT MENERBITKAN DAN MENGARAHKAN FILM SENDIRI MENGENAI RIWAYAT HIDUPNYA DIMASA SILAM YANG PENUH DENGAN COLOUR FULL !!! ORANG INDIA PUN ADA !!!!!!!

counter statistics