Monday , December 5 2016
Home / Isu Semasa / Malaysia Airlines jawab isu Nasi Lemak Telanjang

Malaysia Airlines jawab isu Nasi Lemak Telanjang

Gambar Hiasan

Dua hari lepas, kami ada mengeluarkan artikel di mana Chef Wan selaku Malaysia Food Ambassador berasa kecewa dengan sarapan yang disediakan oleh perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines.

BACA: Malaysia Airlines hidang Nasi Lemak Telanjang – Chef Wan

Berikutan dengan itu, Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines telah menjawab komen Chef Wan mengenai isu itu.

Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami.

Tahniah buat Malaysia Airlines kerana akan mempertingkatkan mutu makanan dalam penerbangan mereka. Kami difahamkan oleh komentar di laman Facebook kami, menu tersebut sebenarnya bukan perkara baharu namun ia telah dihidang sejak bertahun lama-nya.

Mujur seorang yang berpengaruh telah mengutarakan isu ini kerana jika rungutan orang kebanyakkan seperti kami sudah pasti ia tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan Malaysia Airlines.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

cuimb_mviaikcka

Aplikasi Razak menerima serangan “1 Bintang” di Google Play

Aplikasi Najib Razak baru sahaja diumumkan pada hari ini namun ia mendapat reaksi yang berbeza ...

counter statistics