Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat atau nama sebenar Mohd. Ali Kamarudin, 39, telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1000 kerana didapati bersalah memiliki dadah berjenis syabu pada tahun 2011.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine (syabu) ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada kira-kira pukul 3.30 petang, 21 Mac 2011.