Dah jatuh ditimpa tangga nasib si Mamat Sepah ni. Bukan sahaja dibuang ahli kumpulan Sepah yang lain kerana tidak berdisiplin, malah teman wanitanya juga mengesahkan kini dia sudah memutuskan hubungan dengannya.

Namun difahamkan bahawa Mamat kurang berpuas hati dengan cara Fida mengatasi masalah hubungan mereka ini dan membuat keputusan tergesa-gesa memutuskan hubungan tersebut.

Antara katanya dipetik “Saya mahu bersemuka, duduk berbincang dan membuat keputusan dengan cara yang betul. Sewaktu berkenalan dulu saya membawanya bertemu ibu dan keluarga saya. Tapi sekarang apabila putus mengapa begini pula caranya,”.