Sunday , December 11 2016
Home / Gossip Panas / Maria Farida & Chenta Barunya

Maria Farida & Chenta Barunya

Saya dapat meneka bahawa cerita di’bawah ini adalah Maria Farida yang membawa watak isteri yang tamak harta dalam drama Sutera Maya di TV3.

Kalau sebut nama pelakon yang sorang  ni pasti semua orang kenal sebab sekarang sebuah drama bersiri yang sedang ditayangkan di sebuah stesen TV swasta turut menampilkannya sebagai salah satu watak utama. Watak wanita tamak harta lagi yang dia lakonkan.

Pelakon wanita cantik itu sudah beberapa tahun berstatus J, iaitu ibu tunggal. Pernah juga artis tu muncul dengan hangatnya di majalah dan akhbar semasa awal-awal bercerai dengan bekas suaminya dulu.

Apa cerita artis tu? Ceritanya pasal hubungan mesranya dengan seorang ahli perniagaan. Ahli perniagaan ini kira dikenalilah juga sebab berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat telekomunikasi. Tak bolehlah sebut apa jenama  yang dia wakili. Kira jenama yang hangat jugalah buat promosi.

“Saya nampak pasangan itu begitu mesra lagi di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya kenal sangatlah bisnesman tu sebab dia ada jawatan dalam syarikat telekomunikasi.

“Mereka makan bertiga… kiranya seorang wanita yang menemani pelakon wanita tu jadi coverlinelah,” kata sumber itu kepada Mangga Online.

Sebenarnya sumber itu bekas rakan sekerja krew Mangga Online sebab dia dulu pernah jadi wartawan di syarikat yang sama.

Kalau benar pelakon itu ada buah hati baru, baguslah. Tapi tak tahulah pula status si lelaki tu… ada isteri atau tidak.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

One comment

  1. gorgeous….. hot…seksi….. so vibrant….

counter statistics