Sunday , December 11 2016
Home / Gossip Panas / Marsha jawab isu makan 30 biji pil

Marsha jawab isu makan 30 biji pil

Pada 8 September yang lepas, dunia hiburan dikejutkan apabila Marsha Milan Londoh telah menelan 30 biji pil sehingga menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Jelas melalui temubual ini, Marsha dimasukkan hospital tiada kaitan dengan gimik bunuh diri dengan memakan 30 biji pil dan pastinya bukan sebab ditinggalkan kekasih.

Ikuti perbualan dipetik Oh Bulan! after the jump.

MEDIA: Adakah tekanan darah rendah disebabkan masalah peribadi?

MARSHA: Kalau nak kaitkan insiden ini dengan masalah peribadi, rasanya memang tiada kena mengena. Sebelum ini, saya sudah banyak kali lalui perkara ini, jadi memang tiada apa-apa pun.

Sebagai pengetahuan, saya memang alami penyakit sinobronchitis sejak lewat tahun 2009. Apabila penyakit ini menyerang, vokal suara saya turut terganggu. Antara organ yang turut terjejas ialah salur pernafasan. Jadi, ia turut menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah.

MEDIA: Adakah Marsha selalu bergaduh dengan bekas teman lelaki?

MARSHA: Gaduh itu perkara biasa, tapi ia memang tiada kaitan dengan insiden itu. Sewaktu perkara ini terjadi, saya sudah 2 minggu putus cinta. Lagipun, hubungan kami memang tak pernah serius. Jadi memang saya tak terjejas dengan cerita peribadi itu.

MEDIA: Adakah bekas kekasih melawat Marsha di hospital?

MARSHA: Ada.

MEDIA: Setakat ini, Marsha berada di bawah pemerhatian?

MARSHA: Ya, saya masih berada di bawah pemerhatian dan akan berjumpa dengan doktor beberapa kali.

MEDIA: Kenapa baru Marsha jelaskan kepada media, hari ini?

MARSHA: Soal kerja dan bermacam-macam lagi isu berbangkit dikhuatiri akan menyebabkan saya tertekan. Jadi, pihak perubatan menasihatkan saya supaya tidak berada dalam situasi berkenaan. Saya akan kerja semula mulai minggu ini dan akan melancarkan lagu soundtrack untuk filem Mantra berjudul ‘Tak Perlu Selamanya’.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

4 comments

  1. ooo .. macam tu ke ceritanya. (",)

  2. emmmm…kalau mati pun, x heran…hayooooo…gbr no.2 tu mcm pelacur dari china lar….memalukan jer

counter statistics