Wednesday , September 28 2016
Home / Dunia Artis / Maya bernikah 26 Jun

Maya bernikah 26 Jun

mayanaliza-nikah-1Penyanyi dan pelakon Maya (Matahari) akan bernikah dengan anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 di sebuah masjid di Taman Tar, Ampang.

Maya atau nama penuhnya  Meyanaliza Ruslee ditunangkan dengan Shahreza dua minggu lalu dalam majlis sederhana di rumah abangnya di Cheras.

Tengku Shahreza, 38, ialah anak kepada Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Sultan Sir Abu Bakar. Beliau seorang ahli perniagaan dalam bidang pertanian dan pembinaan.

“Saya kenal Shahreza sejak empat tahun lalu. Dia tak menghalang saya untuk terus berlakon dan menyanyi,” kata Maya yang masih sibuk menjalani penggambaran drama Ceplos musim kedua walaupun sedang mempersiapkan majlis pernikahan.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

5 comments

  1. laki die mcm aaauw je..pki rantai..hahaha

  2. pendant kesihatan kot hehehe… wah! klas tu krabat diraja, diam2 je erk. bkn cam sesetengah artis tu, kemain jajaj cite bercinta ngan kerabat negeri itu ini..last2 xde pe pun

  3. Syukur lahh… bagus lah nikah…. tup2 nak nikah je …

  4. bagus la nak nikah tu dan moga2 kekal ke akhir hayat…

    tp ayat steriotype artis2 ni bila diinterview
    si polan seorang yg penyangyang
    understanding
    sporting
    ciri2 lelaki idaman
    bertanggunjawab
    bla bla bla

    tp tak smpai sebulan kawin tup tup
    dah. c.e.r.a.i…
    mmg la jodoh pertemuan di tangan ALLAH kan
    tp entah la heran dgn dunia skang ni kan…
    huhuhu

    dunia akhir jaman la katakan…

  5. 'Sib baik ada title kerabat Mamat ni…tak hensem pun nampak hensem,,!

counter statistics