Monday , September 26 2016
Home / Gossip Panas / Memey panggil ibu Norman sebagai “Mak”

Memey panggil ibu Norman sebagai “Mak”

memey-norman-mak

Keintiman pelakon muda, Memey dengan keluarga Norman Hakim bukan lagi rahsia, malah jelas kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, untuk prosiding kes khalwat pasangan berkenaan.

Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, bukan saja sentiasa beriringan dengan Norman ketika berjalan masuk dan keluar mahkamah, malah kelihatan begitu mesra dengan ibu pelakon Gerak Khas itu, Kamariah Kamat, 66, hingga memanggilnya ‘mak’.

Bagi mendapat penjelasan Memey mengenai panggilan ‘mak’ itu, wartawan Harian Metro menghubunginya petang semalam.

Kata Memey, selepas kes khalwat itu, hubungannya dengan ibu Norman semakin erat, malah sering mendapatkan nasihat berhubung perjalanan hidupnya, termasuk karier sebagai pelakon.

“Pada saya bukan satu kesalahan memanggil dia mak,” katanya yang menafikan kemesraan mereka mengundang spekulasi kedua-dua pelakon itu kononnya sudah berkahwin seperti hangat digosipkan.

Memey menjelaskan Kamariah banyak memberi sokongan kepadanya supaya tabah menghadapi dugaan kes itu.

Menurutnya, dia menganggap Kamariah seperti ibunya sendiri, malah keluarganya juga mengenali rapat keluarga Norman.

“Jika ada apa-apa saya selalu merujuk kepada ibu sendiri atau ibu Norman kerana dia banyak memberi nasihat. Kadang-kadang juga kami selalu berhubung hanya sekadar bertanya khabar,” katanya yang memakai baju kurung putih berbunga serta berselendang merah jambu di mahkamah.

Sementara itu, Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, ketika ditemui selepas prosiding sebutan kali kedua itu, mengaku tidak menolak kemungkinan memilih Memey sebagai suri hidupnya andai ada jodoh.

“Jika sampai seru, ada jodoh dengan dia, saya terima, jangan risau kalau ada, kami akan umumkan, tiada apa yang kami mahu sorokkan,” kata Norman ketika diajukan soalan sama ada mereka akan berkahwin selepas selesai kes itu.

Ketika ini, dia berkata, mereka mahu selesaikan kes itu secepat mungkin, tetapi tiada perancangan berkahwin.

“Kami mahu memberi tumpuan terhadap karier masing-masing dalam menghadapi krisis ekonomi,” katanya.

Norman yang memakai kemeja merah putih, berseluar hitam dan bersongkok turut mempamerkan sikap ‘gentleman’ apabila membukakan pintu untuk membolehkan Memey masuk dan keluar dari mahkamah.

Ketika prosiding di dalam mahkamah, Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula berikutan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili pasangan itu memaklumkan mereka sedang menunggu keputusan representasi.

Fakhrul Azman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah menghantar representasi pada 26 Februari lalu.

“Pihak kami sudah menghantar representasi kepada Ketua Pendakwaan Syarie Selangor bagi meminta mereka mengkaji dan meneliti semula pertuduhan dikenakan terhadap Norman dan Memey,” katanya.

Norman dan Memey tidak mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat sedangkan mereka bukan mahram atau suami isteri di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Selangor 1995 untuk lelaki dan Seksyen 29(1)(b) untuk wanita, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000.

Masing-masing dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin hingga kes itu selesai.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor, Zusyarafain Yusof.

Sumber di’ambil dari Harian Metro

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

12 comments

  1. kahwin jela norman…memey 2 lawa..jgn bg dia kerja tempat lain lagi da..takut kerja sampai 3 pagi…anyway happy ending to norman vs memey..& aby with…anak2 jgn lupa da

  2. hanya allah yng tahu siapa yng benar dan siapa ynd tidak,buat baik dapat baik buat jahat tidak akan lepas dari hukuman dunia maupun dari yng maha esa

  3. betul ka realiti dunia ini begini?? kompius aku..

  4. SAMA JA,DI ORG ARTIS NI MCM NK JADI ARTIS BARAT DAH PULA….MCM NORMAN NI,KITA TENGOK& DENGAR PSAL DIA NGAN MEMEY TAPI MCMANA PULA C ABY TU DGN ZUL??? I RASA D ORG NI 2X5 JA….TPI I INGATLAH C ABY TU SENGAJA BUAT MCM TU NK RELIZE TENSION@ NK TUNJUK YG DIA PN BLH@LAKU LAGI……ABY DH KURUS NAMPAK MACAM ANAK DARA LAH PULA,AWAS LAH U NORMAN GIGIT JARI HEE.HEE…

  5. dpd memey nok ke norman baik ye amik ak…bkn smart ngat pun norman 2….bley gok lyn tiap2 mlm….hahaha

  6. nampak orang melayu jadi no.1 dlm komen artisnya dan paling no.1 jadi tukang pukul berita….CNN report. Komen bagus tetapi ada had yang tidak megenepikan budaya orang melayu yg berugama Islam.Da terseriat pertemuan mereka akan berlaku JODOHnya maka kita iringi doa agar perkahwinan dijalinkan…tetapi nampak segolongan beriri hati kerana Norman dapat muda. Dia 1st kawin janda..kini jodoh nak kawin anak dara kenapa ramai yg tak senang hati padahal kita harap jgn dia lakukan maksiat lagi….cuba kena pada adik2 anda sendiri , apa kata hati kamu…yg belaku ini PENENTUAN dar ALLAH swt

  7. ptut nye kne tgkp khalwat de gk la muka malu..ni x, kuar je mahkamah tu muka senyum kambing, lagi² si memeh tu..igt br lps nikah pe..ish³!!

    ~whatever~

  8. memey kan bodo. mnyampah aku.

  9. bla la ko. HAHA ,

  10. Boring dengan perangai diaorang nie… yang jadi mangsa anak-anak kan……. taubat leee sebelum terlambat

  11. norman tu perasan bngt la….his….bini mcm abby tu punya la baik….x tau nak jaga .ni kat abby anak 2 sok gan memey ntah brp lg lak….ntah ape la yang die cari kan.???????????????

counter statistics