Friday , July 25 2014
Home / Dunia Artis / Memey Suhaiza selamat lahirkan anak pertama lelaki

Memey Suhaiza selamat lahirkan anak pertama lelaki

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Memey Suhaiza yang telah selamat bersalin anak lelaki pada jam 9.55 malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan secara normal dan ia dua minggu awal dari tarikh Memey dijangka bersalin.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang¬†Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan,” kongsi Memey yang turut ditemani oleh Danish yang merupakan anak sulung Norman bersama Abby.

Anak lelaki yang baru dilahirkan itu merupakan anak keempat Norman Hakim. Sebelum ini, dia telah memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

8 comments

  1. Norman, norman. Kalau kau x ceraikan Abby Abadi, xdelah dia meroyan gila sampai sekarang. Hehe

  2. gila punya corrupted minded org2 yg komen kat sini..bangsa apa entah ni

  3. semoga akak memey nan abg norman bahagia ea nan beby baru…

  4. Lepas ni blh wat anak lagi…

counter statistics