Beberapa hari lepas, menjadi suatu kontroversi apabila Abby Abadi memuat naik perbualannya dengan bekas suami, Norman di WhatsApp.

Ketika ditemubual Memey, isteri kepada Norman dia tidak merasakan apa-apa pelik yang perlu dicemburukan dan mengakui tiada sebab munasabah untuk cemburu dengan perbualan sedemikian kerana dia memahami bahawa Norman seorang yang setia. So kepada peminat, usahlah menambah arang dan api kepada mereka lagi.

“Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

“Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut”