Categorized | Isu Semasa

Minyak Turun Lagi Sebelum 8 Disember Ini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pengurangan harga minyak akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Haji dan kali ini ia dijangka hanya melibatkan petrol sahaja.

Penurunan harga petrol itu, katanya tidak akan melebihi 15 sen.

“Kita sekarang berdepan dengan keadaan luar biasa di mana harga diesel di pasaran dunia adalah lebih tinggi daripada petrol dan sebab itu kerajaan masih memberi subsidi RM1.43 untuk harga diesel,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penutupan Seminar Pembangunan Perniagaan Bagi Peniaga dan Usahawan Kecil di sini semalam.

Dengan penurunan itu harga minyak petrol RON97 dijangka turun daripada RM2 kepada RM1.85 seliter manakala RON92 daripada RM1.90 kepada RM1.75 seliter.

Pada 17 November lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga minyak petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Sumber: Petrol sahaja akan turun (Kosmo!)

Apa mood uols lepas bace info ni?

(0%) (0%) (0%) (0%) (0%)

Entri berkaitan yang mungkin menarik minat anda

Comments are closed.

Salam 1Malaysia, wahai pengunjung blog ini yang comel lagi hensem, sila pastikan sebelum memberi komen, anda mematuhi syarat di bawah:

  • Dilarang mengeluarkan perkataan maki hamun yang keterlaluan.
  • Dilarang menghina/menyakitkan hati komentar/penulis di dalam artikel.
  • Dilarang memasukkan pautan berunsur pengiklanan

Dengan menulis komen, pengunjung dengan itu telah memahami tanggungjawab dan risiko di atas komen yang diberi. Pentadbir blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang ditulis oleh pengunjung. Harap maklum.

Undian

Berapa banyak akaun palsu lorang miliki di facebook?

View Results

Loading ... Loading ...

Peminat di Facebook

Ranking Blog