Friday , September 30 2016
Home / Dunia Artis / Misha Omar tunda pernikahan sehingga Mei 2014 (4 Gambar)

Misha Omar tunda pernikahan sehingga Mei 2014 (4 Gambar)

Pada bulan Jun 2013, Misha Omar telah mengumumkan bahawa mereka akan bernikah pada bulan Februari 2014 setelah tertangguh begitu lama kerana berjauhan atas tugas masing-masing. Walaubagaimanapun, majlis perkahwinan Misha pada bulan Februari ini terpaksa ditangguhkan lagi kerana ayahnya, Omar Ismail telah meninggal dunia pada 30 November 2013.

BACA: Misha Omar sahkan bakal bernikah pada Februari 2014

Majlis itu ditangguhkan bagi menghormati tempoh tamat edah ibunya pada minggu kedua April dan akan diadakan pada bulan Mei 2014. Menurut Misha lagi, kedua-dua pihak telah bersetuju majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan serentak di Kota Bharu dalam suasana sederhana malah mereka juga bersetuju untuk berbalas lima dulang hantaran tanpa sebarang barang berjenama ataupun wang tunai.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

counter statistics