Isu Faiz Roslan ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bermula dengan video viral berpakaian wanita dan kemudian tidak mahu menerima teguran. Faiz sekali lagi hadir berpakaian wanita dalam InstaStory serta mengaku tidak berpuasa dan tidak melakukan solat.

Perkara ini telah membuatkan netizen marah, malah artis juga marah dengan tindakannya itu seperti Sharnaaz Ahmad dan Azza Elite. Namun sebentar tadi, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menjemput Faiz Roslan dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kerana dia percaya mereka mempunyai iman yang baik.