Baru-baru ini viral satu video di sebuah majlis agama bersama Nabil Ahmad di Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Sunway. Video berdurasi 16:21 saat itu telah dirakam tiga tahun lalu berceritakan kisah perkongsian Nabil mengenai kuasa bersedekah yang telah mengubah hidupnya.

Namun perkongsian itu telah disalah tafsir oleh netizen pula. Dipetik Nabil berkata

 

Saya cuma nak berkongsi macam mana orang tiada pendidikan seperti saya ini boleh berjaya dan salah satu caranya dengan sedekah. Saya tak marah bila netizen kata riak sebab nanti akan timbul tak ikhlas pula.

Tak pasti kenapa mereka ini nak lemparkan komen negatif pada saya walhal video itu kisah yang baik.

Mungkin lepas mereka lihat video itu terus ada rasa nak bersedekah pada orang yang memerlukan.

Kuasa sedekah itu sangat besar maknanya dan ganjaran yang Tuhan janjikan pun amat luas.