nabil_rl_thumb_060808“Apa yang berlaku kepada saya macam sebuah cerita. Mula-mula menang, terpeluk (Irma Hasmie Ibrahim) dan akhir sekali terbaring di jalan raya,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), Ahmad Nabil Ahmad yang terbabit dalam kemalangan di simpang Bukit Jelutong, Shah Alam, petang kelmarin.

Menurut Nabil, 26, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dia menunggang motosikal Kawasaki 750 berseorangan untuk rakaman sebuah program di stesen televisyen ntv7 di Glenmarie.“Mungkin ada minyak di atas jalan menyebabkan selekoh licin hingga saya sendiri ‘terkorner baring’ atas jalan.

“Mujur ada beberapa pengguna jalan raya lain membantu saya yang ketika itu terkejut dan kesakitan selepas terjatuh,” katanya yang dihubungi semalam.Akibat kejadian, Nabil cedera di tangan dan kaki manakala pinggang kesakitan selepas terhentak di pembahagi jalan.