Nabil Raja Lawak melalui akaun twitternya telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya apabila telah menjadi bapa. Isterinya, Nazirah telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.67 kilogram pada jam 8.40 pagi, 25 November 2012. Tahniah kami ucapkan kepada Nabil & Nazirah. Gambar anak pertama pasangan Nabil & Nazirah selepas ini.