Tuesday , September 27 2016
Home / Dunia Artis / Nabil Raja Lawak & Zira, selamat bergelar suami isteri (3 gambar)

Nabil Raja Lawak & Zira, selamat bergelar suami isteri (3 gambar)

Minum kopi makan pasta di mStar Online.

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

zila-seeron-khairul-smule-bersama-mediamalaya

Zila Seeron kembali karaoke Smule dengan skandal dalam kereta?

Baru-baru ini, Zila Seeron baru sahaja muncul dalam satu rancangan A.M Live. Di dalam video ...

10 comments

  1. tahniahla nabil…

  2. Perghhh..senyum gilos..wakakak

  3. tahniah….semoga bkekalan hgga ke akhir hayat

  4. congrat… slmt jugk mreka dkabulkn.. amin..doakn mreka bhgia..dan kkal smpai ank cucu laa..

  5. suke gile nabil..huhu..arap2 perkhawinan dorg bahagia…xjd mcm sedara nabil tu…hurm…

  6. semasa ber'couple = x bertudung,
    semasa akad nikah = bertudung,
    semasa bersanding = x bertudung,
    semasa Solat = bertudung,
    semasa bercerai (naik mahkamah) = bertudung spec mata hitam(wajib dah,maklum la malu),
    selepas bercerai = x bertudung,
    semasa lahir = x bertudung,
    semasa masuk kubur = bertudung

  7. muka nazirah mcm muka alyah lah….:)

  8. Syukur alhamdulillah nabil dah selamat menjadi suami org… tapi pasti rasa sedih pada kekasih lama nabil… kak irma…inilah yg dikatakan jodoh…

  9. ada aku kisah…..

counter statistics