Beberapa hari lepas, kita dikejutkan apabila Amy Search telah mengamuk di Instagram anaknya dengan memarahi kekasih anaknya ketika mereka berdua bersama-sama bercuti di pulau.

BACA: Amy Search mengamuk dan maki Nabila Huda di Instagram?

Beberapa hari selepas itu, kami lihat Nabila Huda sudah membuang gambar-gambar di profil kupu_kupu di Instagram kecuali satu gambar yang mempunyai caption berbunyi “Just Upset“.

Kami rasa ia ditujukan kepada ayahnya dan juga kepada peminatnya. Nabila dilihat tertekan apabila pihak media sering menyerang kehidupan peribadinya yang dianggap liar dan pelbagai kritikan negatif diberikan oleh peminatnya. Tetapi, Nabila juga telah mencipta akaun baru untuk Insta dan meletakkan privasi sebagai “private”. A new life, Abil?