Sunday , October 26 2014
Home / Dunia Artis / Nabila Huda sudah pregnant

Nabila Huda sudah pregnant

F82837B05FBF44518B9D2C76F39DDE38Sumber petikan dari Gua

Sejak berat badannya naik, tak habis-habis orang berspekulasi – Nabila Huda Suhaimi dah mengandung ke?

Berkesempatan berjumpa Nabila ketika majlis rakaman Melodi Raya 2009 pada bulan Ogos lalu, soalan yang sama telah GUA tujukan kepada anak sulung Amy Search ini.

Sambil ketawa, Nabila memberitahu belum lagi rezeki dia dan suami, Zaidi Zailani walaupun mereka memang ingin cepat menimang anak. Hanya mampu berserah kepada Tuhan, tambah aktres berusia 25 tahun itu, ramai yang sudah menegur tentang perubahan saiz badannya. 

“Mungkin sebab saya asyik duduk di rumah dan kuat makan, itu yang berat badan cepat naik,” katanya.

Semalam, isu ini timbul lagi bila seorang ahli forum Cari menyampaikan berita yang Nabila sudahpun mengandung, beberapa minggu katanya.

Bila dihubungi GUA pagi tadi untuk mendapatkan kesahihan cerita yang disampaikan, Nabila berkata, “Iya-ke? Siapa orang yang beritahu tu?”

“Tapi (haid) saya dah lewat sebulan. Tak tahu lagi (mengandung) ke tak. Saya belum buat ‘medical check-up’. Tapi saya ‘take it easy’, tak boleh terlalu mengharap. Kita tengok-lah nanti,” kongsinya yang kini seronok melayan adiknya, QaQa At-Tameemi yang baru dilahirkan Sept lalu.

Terbaru, Nabila akan memulakan penggambaran untuk drama 44-episod di slot Akasia TV3 di Pulau Perhentian, Isnin ini.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

2 comments

  1. pewwwittt!!! Tahniah..Amy Search baru timang baby nk dpt cucu laks… kelasss gtu !!!

counter statistics