Menarik berita pagi ini. Dimaklumkan bahawa pelakon drama, Nadia Mustafa telah membuat laporan polis selepas dia mengalami kerugian RM20 ribu selepas di samun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, semalam.

Ketika kejadian, Nadia bersama anak keduanya berada di dalam Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon tersebut.

Agak musykil kami dengan keterangannya, bukankah jika baru masuk parking selagi kereta tidak dimatikan, ia sentiasa dalam keadaan terkunci. Tapi kalau dah nak terkena, nak buat macam mana kan? Nasib bertimpa-timpa kena, baru je bulan lepas suaminya di belasah di kelab malam. Ada kaitan dengan karma tak bayar wang saman ke? Ops!