Tuesday , December 6 2016
Home / Gossip Panas / Nasib Raja Azmi tidur lokap

Nasib Raja Azmi tidur lokap

Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itu pepatah Melayu yang sesuai dengan nasib yang menimpa Raja Azmi kite ni. Ha nak sangat jadi produser kontroversi, kali ni amik kau betul-betul kontroversi uols. Lepas dituduh menjadi punca perceraian kali ke-dua adik angkat kesayangannya kini dia ditahan lokap pula. Hai ape kes ye dok?

Ceritenya ala-ala begini la nak tambah sedap gosip, Raja Azmi dikatakan berang apabila bekas isteri adik angkat sayangnya iaitu Norhayati Othman telah membuat kenyataan akhbar mengatakan bahawa dia-lah punca perceraian itu berlaku. So nak dijadikan cerita, Raja Azmi ni gagahkan diri bersama sang adik angkat (ye, Roslin Hashim) untuk membuat laporan polis-lah pasal si bekas isteri fitnah dia ni kononnya.

Sekali masa nak buat laporan tu, macam biasa-lah kerja polis sebelum mengambil laporan dari pengadu, dia akan check dulu dalam sistem kot-kot pengadu ni ada kes jenayah lain ke. Sekali check kantoi la pulak apabila sudah keluar satu waran tangkap si Raja Azmi sebab dia gagal hadir ke mahkamah mengenai kes bankrap si dia dengan sang suami.

Sang suami, Jailani Sidek yang kemudiannya hadir untuk ikat jamin menemui jalan buntu kerana waran tangkap tersebut baru dikeluarkan pihak mahkamah. Apabila baru keluar waran, pesalah tidak dibenarkan diikat jamin. Kesian kau ye tidur lokap-ler malam ni.

Roslin malam nanti SMS-lah dengan akak angkat tu nanti, kesian dia tidur keseorangan.20 Ogos 2010:Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah dengan jaminan RM8,000. Dia berdepan dengan kes sivil pelanggaran pembelian saham RM4.9 juta yang membabitkan sebidang tanah di Balakong pada tahun 1996.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

hp-ayda-jebat-dirampas-mediamalaya

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

5 comments

  1. sape soh gatei sgt..hafiz hashim tu same jer..poyo!!

  2. dah kertu, simpan je lah kontroversi tu. kumpul pahala lagi bagus makcik…

  3. SEBENARNYER DUA DUA ADA SKANDAL X NGAKU JEK TAKUT SAHAM JATUH…

counter statistics