Sekalung tahniah kami ucapkan buat penyanyi popular era 1980-an, Nassier Wahab, 55, apabila dianugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Nassier menerima gelaran Datuk oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar semlam.

Kata Nassier, sejurus meneriman gelaran Datuk, dia mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.