Pelakon dan model terkenal, Natasha Hudson mulai tampil dengan imej baru kini berpurdah. Umum ketahui, Natashah sudah lama memakai hijab dan sudah tidak lagi aktif di dalam dunia lakonan dan peragaan.

Walaubagaimanapun, dia kini membawa imej baru berpurdah telah menarik perhatian ramai. Dengan memuat naik gambar baharu di Instagram peribadinya, dia kini sudah mengenakan niqab dan berhijrah sepenuhnya menjadi seorang muslimah sejati.

Namun tegas Natasha, dia berubah bukan semata-mata meraih publisiti untuk membuatkan namanya kembali dikenali ramai.

Jika ingin bertanya mengenai perubahan diri saya, rasanya tiada apa yang perlu diulas lagi. Segala-galanya sudah saya kongsi menerusi blog. Saya berubah bukan untuk mempromosikan diri, malah tidak perlu memberitahu satu dunia setiap langkah yang dibuat. Lagipun, saya sudah tidak lagi berada dalam limpahan cahaya dunia hiburan.