Walaupun sudah beberapa hari berlangsungnya konsert sulung Shila Amzah, masih tiada kenyataan rasmi daripada Shila mahupun pihaknya berkenaan kecaman terhadap media melayu yang tidak membuat liputan konsertnya tempoh hari.

BACA: Shila Amzah salahkan media Melayu kerana tiada liputan konsert

Dipetik kata ayahnya, ND Lala memaklumkan bahawa pihak Shila masih belum bersedia untuk memberi apa-apa kenyataan kerana masa kurang sesuai dan Shila sedang sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di China.

Namun ND Lala akan memenuhi permintaan rakan media bagi memberi maklumbalas mengenai isu itu tidak lama lagi.