Sunday , December 4 2016
Home / Isu Semasa / Noah, filem lakonan Russel Crowe telah diharamkan di Malaysia

Noah, filem lakonan Russel Crowe telah diharamkan di Malaysia

Kami memuji langkah dan tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dengan pantas telah mengharamkan tayangan filem Noah lakonan Russel Crowe daripada ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.

Filem ini telah mengadaptasi sejarah Nabi Nuh namun ia berdasarkan kitab Bible Old Testament. Ia tidak ditayangkan kerana atas dasar memaparkan wajah nabi secara visual.

Ironinya, filem-filem lama seperti Bruce Al-Mighty dan Evan Almighty serta beberapa kisah lain tidak pula diharamkan satu ketika dahulu walaupun filem tersebut memaparkan wajah tuhan.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim berkata, keputusan diambil selepas panel mendapati ia bertentangan dengan ajaran Islam. Selain Malaysia, beberapa negara Islam lain turut mengambil langkah yang sama seperti Indonesia, Qatar, UAE dan Bahrain. Filem ini juga telah difatwakan sebagai haram untuk ditayangkan oleh Universiti Al-Azahar.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

cuimb_mviaikcka

Aplikasi Razak menerima serangan “1 Bintang” di Google Play

Aplikasi Najib Razak baru sahaja diumumkan pada hari ini namun ia mendapat reaksi yang berbeza ...

2 comments

  1. poyo…smua bnda nak dharamkn

counter statistics