Pembidaan nombor pendaftaran semestinya semakin trend kini selain menjana pendapatan Kerajaan. Terbaru, nombor pendaftaran terbaru di Selangor iaitu BMW kini menjadi sebutan dan rebutan kerana nombor tersebut membawa maksud kenderaan mewah buatan Jerman iaitu BMW.

Berikut adalah keputusan tender bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan BMW yang telah diumumkan semalam. Antara yang menarik perhatian sudah tentu pemain badminton nombor 1 negara, Datuk Lee Chong Wei yang membida nombor BMW6 dengan harga setinggi RM97,777.