Setelah proses perceraian mereka berjalan lancar sebentar tadi. Muhammad Noor farhan, 24, tampil memberitahu media, Abby telah mencederakan-nya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motorsikal ke muka sehingga menyebabkan kesam lebam apabila mendapat tahu dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan isterinya.

Noor Farhan menjelaskan lagi, Abby telah bertindak agresif dengan mencakar muka dan lengan kirinya pada 117 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kecederaan fizikal dan emosi itu menjadi penyebab utama dia sudah tawar hati untuk kembali bersama Abby Abadi. Abby juga dikatakan menyerang dan mendesak Farhan mengenai wang sambil mengatakan dia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

Farhan berasa lega apabila kes ini selesai selepas pihak mahkamah mengesahkannya dan berkata dia tidak akan rujuk kembali dengan Abby Abadi kerana telah mencederakannya dan dia sudah tiada perasaan sayang terhadapnya.